Allah said : "If you never felt pain or experienced problems, how would you know I'm a Healer? If you never made a mistake, how would you know I'm Forgiving? If you were never hurt, how would you know I can comfort you? If your life was perfect, then why would you need Me?....


Friday, July 27, 2012

Aku Suka Dia!

Bismillah,


Sejujurnya,aku dah mula sukakan dia. Maksudnya aku jadi secret admirer dia la ni. hakhak! Aku stalk dia. (Eleh, aku memang power dalam mengestalk orang ni , cuma identiti dirahsiakan tettt . haha!) 
Aku berniat baik(bukan untuk couple), tetapi aku takut untuk meluahkan padanya. Sebab aku fobia dan trauma dengan pengalaman silam! huhuk XD


Aku takut, hati ini terluka lagi. Aku takut, nak tanya direct sama ada dia dah berpunya atau belum. Biarlah jadi secret admirer selama mana pun, asal reda Allah itu yang paling utama. Jadi , kini aku hanya mampu berdoa dan hanya terus berkawan macam biasa. cecehhh. okay la juga tu kan??? hmm, please behave myself!! haha :)


Anyway, nak fokus study dulu. Kali ni, agak tersasar mungkin sebab dah habis exam dengan jayanya. alhamdulillah! :D


Okay , saya nak bagi tips ni. Ada satu subjek ni iaitu Akidah. Senior selalu cakap , ustaz Bilhasan(nama ustaz yang mengajar subjek ini) strict lah juga. Markah selalunya tak lebih daripada 10 untuk standard markah pelajar Melayu lah kan. Maklumlah, kami ni ajnabi di sini, maka kadang2 asatizah di sini tak percaya dengan kebolehan pelajar ajnabi ni. hihi. tapi takpelah, itu merupakan salah satu ujian Allah, dan tandanya Allah sayangkan kita kan ;)


Masa result nihaei keluar, aku dapat 9 untuk subjek ni. pelajar2 lain dapat markah bawah drpd 10, di sini saya ingin menunjukkan bahawa ustaz ini benar-benar strict >.<... dan aku menangis, terkilan... sebab kalau aku dapat 10, aku tak mungkin ada istidrok untuk subjek ni...hmm...tapi, masa tu keadaan aku memang ''sewel'' sikit, tak betul. sebab shock dengan keputusan yang diperoleh dan stress! dan setelah aku kembali waras sikit, aku mula terfikir...''Apa yg aku dpt kalau terus sedih begini?''...Pohonlah pada Allah supaya dilembutkan hati asatizah untuk memberi markah...Dan, aku percaya dengan kuasa doa itu.  masa tu, aku terfikir ayat2 cinta drpdNya yg mengatakan bhwa Allah tak sia2kan usaha seseorang selagi mana dia berusaha! jadi, sejurus selepas itu, aku terus bangun dan belajar bersungguh2 , tak henti-henti aku berdoa supaya dilembutkan hati asatizah untuk memberi mrkh...dan akhirnya mrkh utk subjek ni meningkat menjadi 11.5.... ya Allah , hanya Allah tahu betapa gembira dan bersyukurnya aku dengan keputusan ini...ada hikmahMu di sebalik istidrok ni >.<


Jadi konklusinya, pintalah hati2 manusia itu kepada Allah! begitu jualah , kalau kita minat kat orang tu secara diam-diam, maka pintalah hati orang itu kepadaNya, bukan kepada manusia itu semata-mata. sebab Allah jualah yang memegang hati-hati kita semua :)


Alhamdulillah!


[cinta versi Islamik + lumrah kehidupan]


^^,
away.

Tuesday, July 24, 2012

Satu persatu

Bismillah,


Aku tak sangka begitu banyak amanah dan kepercayaan yang telah diberi oleh orang lain ke atas diri ini. Kadang-kadang, diri sendiri masih tak mempunyai keyakinan yang tinggi untuk melunaskan semua amanah itu. Tak kusangka tak kuduga kerana sebelum ini, aku bukanlah seperti diriku sekarang. Tidak memikul sebarang tanggungjawab dan hanya fokus pada diri sendiri. Dalam erti kata lain, aku hanya menjadi ''ahli biasa'' ketika di zaman persekolahanku dan tiada sifat kepimpinan melainkan hanya menjadi ''ketua'' untuk diri sendiri. That's whylah, setiap kali orang mahu memberikan aku kerja, aku akan merasakan diri ini kerdil sangat dan memang tidak layak untuk memegang sebarang amanah. 


Semenjak aku bergelar pelajar Maghribi, aku diberi berbagai-bagai jenis amanah. Permulaannya, aku berasa sangat nervous kerana begitu banyak persoalan yang bermain di minda ini , ''Adakah aku mampu???''..... @@


Baru pelajar tahun 1, namun aku dah jadi Setiausaha Dewan untuk Mesyuarat Tahunan  Maghribi dan penulis artikel bagi Exco Pendidikan. memang terbaiklah!! Terketar-ketar aku nak memikulnya dek kerana tak pernah memikul tanggungjawab sebesar ini. Tambahan pula, Bahasa Melayu aku dah makin pudar dan ''berkarat''.... Lainlah kalau nak suruh aku merepek macam dalam blog ini, haaa, itu aku bolehla! hahaha. 


Namun, inilh hakikatnya! inilah jalan yang telah aku pilih. Allah sayang aku. That's why Dia suruh aku berjuang di jalan ini. Jadi, aku hanya perlu terus memperjuangkan segalanya demi Islam. 


~Allah bersama kita~


^^,
away.

Thursday, July 19, 2012

mabrouk

Bismillah,


Alhamdulillah, syukur, sem 2 sy lepas dan meningkat daripada sem 1.... puas hati sangat, akhirnya,usaha dan segala tangisan itu berbaloi dan Allah Maha 'Adil lagi Maha Pemurah. semuanya milikMu ya Rabbi!


memang, pada permulaanya (sem 1) , keputusan aku sangat tidak memberangsangkan , biasa-biasa je. dan aku tak kisah orang nak pandang aku 'tak cemerlang' atau yang sama maksud dengannya. yang penting, aku beriltizam nak meningkat daripada sem ke sem yang lain, bak kata pepatah, biar lambat asalkan selamat. paling penting, semua ini diredai Allah! :)


kuat dan terus kuat, aku nak buktikan graduan drpd uni ibn tofail juga boleh!!! inshaAllah.


mabrouk = tahniah 






^^,
away.

Sunday, July 15, 2012

kecut

Bismillah,


fuhhh penatnya!!! hakhak. alhamdulillah, saya baru pulang drpd spain, marrakech dan casablanca...hehe, bermusafir menemani ibu ayah saya =)


gembira sgt, byk aku bljr drpd permusafiran kali ini. cara utk berurusan dgn pljr lelaki, jgn malu-malu, nanti semua kerja takkan jalan. huhu, kalau nk bermusafir ni, nAK tak nak, terpaksa meminta bantuan drpd pihak lelaki, bukan saja2 atau ngada2 yer, jgn slh fhm di situ. huhu,sbnarnya agak suka, sbb bukn seng nk dpt fitkan schedule presiden + timb presiden + AMT utk menmani kami . memang rasa bersyukur sgt dh settle semuanya.


anywy, semua mahasiswa dan mahasiswi morocco memang baik + sempoi belaka , terima kasih kepada semuanya , moga Allah memberkati kalian. aamiin.

then hari ni, kita berkonvo, muehehe, terasa kot tengok, kebykn graduan kali ini drpd uni casablanca...kehkeh anyway thniah semuanya , love you all ! 



my mom dah suruh aku bertukar ke casablanca, namun hati aku still di kenitra, tak pernah terlintas lah pula nk tukar tmpt bljr ni. inshaAllah , selagi aku terdaya nak undergraduate di uni ibn tofail kenitra, aku akan tetap teruskan perjuangan ini , aku nak buktikan bahawa mahsiswa keluaran kenitra pn boleh , tak kisah walaupun kita bljr di mana-mana pun, with Allah's will ;)


doa lah banyak-banyak okay. itu penting. k tata~


^^,
away.

Monday, July 2, 2012

Menjadi admirer yang beriman

Bismillah,


tajuk post kali ini seperti menginsafkan kita sedikit . hakhak, mungkin sebab ada perkataan beriman je pun. @_@


anyway,susahnya nak menjadi secret admirer ni kan. terpaksa melakukan semua perkara secara tersembunyi. dah nama pun secret, haruslah rahsia kan. hehe. nak stalk or follow blog dia pun secretly. aduii :P

jadi hanya mmpu berdoa dikurniakan jodoh yang terbaik! tapi, takpe, we should believe in love after marriage is more barakah and blessful by Allah dan ingatlah bahawa DOA SENJATA MUKMIN :') 
in addition, jodoh,rezeki dan ajal semuanya telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi. aturan Allah itu yang terbaik. biarlah jadi secret admirer selama mana pun, asal reda Allah itu yang diutamakan inshaAllah.


tak salah nak meminati seseorang ini, sebab perasaan minat terhadap jantina lain ialah FITRAH. memang Allah dah ciptakan khas untuk kita semua.yeay ^___^! hehe, antara  kelebihan menjadi admirer yang beriman ialah kita mampu mengaplikasikan sedikit drpd ayat Al-Quran yang berfirman ; 


''Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu , padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'' (AL - BAQARAH : 216)


jadi , apabila kita menyukai secara diam-diam , itu bermakna kita tahan nafsu kita drpd benda-benda yang melalaikan, ibarat cinta bertepuk sebelah tangan , hanya sebelah pihak je yang memainkan peranan, jadi kurang sedikitlah risiko nak buat maksiat ni sperti msg atau calling , hehe. dan lain rasanya cinta berbalas dan tidak berbalas. serius , percayalah ! sebab saya dah pernah merasai kedua situasi tersebut.

contoh situasi 1(secret)
apabila dh ternmpk muka dia, hati ini tersipu malu. namun, tetap cover dengan wajah yang begitu baik sekali. nama pun manusia, manusia tu kan ibarat pelakon di bumi Allah ini. bajet gentlewoman la tu, hakhak! 


contoh situasi 2(open)
mata meliar tercari-cari kekasih hati, dan berbalas-balas pandangan antara 2 pihak(lelaki dan perempuan) .then, balik rumah, terkenangkan si dia yang bisa melalaikan kita drpd mengingati Allah. wuuu, kan dah parah tuu ninonino +_+


huhu, ini hanya peringatan buat diri sendiri dan anda semua. \(^_^)/


alhamdulillah, buah hati saya dah selamat smpai di Morocco. mereka sedang beristirehat di rumahku di Kenitra sekarang, inshaAllah , hari esok dh nk bertolak ke Spain. tak sabarnya walaupun aku tak berapa nak sihat ni. huhuk...takpe , yakin, Allah syg aku, that's why ditimpakan penyakit ini terhadapku :) :) :)




ps : mengagumi insan secara diam, untungnya orang tu! hakhak.


^^,
away.