Allah said : "If you never felt pain or experienced problems, how would you know I'm a Healer? If you never made a mistake, how would you know I'm Forgiving? If you were never hurt, how would you know I can comfort you? If your life was perfect, then why would you need Me?....


Wednesday, August 8, 2012

Aku,Kau Istimewa

Bismillah,

Apabila kita dah sayang pada seseorang, pasti kita mahu melihat mereka bahagiakan? Begitu jua dengan diri ini. Aku gembira apabila melihat orang-orang yang aku sayang bahagia, walaupun kadang-kadang mungkin aku akan berasa cemburu. 

 ''Seorang wanita sanggup menyembunyikan rasa cinta bertahun-tahun, tapi seorang wanita tidak mampu menyembunyikan rasa cemburunya walau sesaat''

Em, inilah hakikatnya. Aku lemah. Tetapi, aku tetap mahu melihat mereka bahagia walaupun hati ini sakit. Aku rasa gembira sekiranya mereka bahagia. Dan aku juga akan rasa sedih sekiranya mereka disakiti, mashaAllah inilah uniknya ciptaan perasaan fitrah manusia. :D 

Dalam konteks perasaan, diwujudkanNya berbagai-bagai jenis emosi. Gembira,sedih,suka,benci,kecewa,terharu dan sebagainya. Perasaan ialah sesuatu yang subjektif yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, kecuali melalui tindakan ^_^!
Tindakan mengeksperasikan segala-galanya. Sebagai contoh, kalau kita suka pada seseorang, kita boleh untuk menidakkan pada perkataan di hadapan manusia, namun bukan pada tindakan dan perasaan diri sendiri. Kadangkala kita mungkin akan tersasar di hadapan Ilahi , secara tidak langsung , kita berdoa padaNya untuk si dia ^^. 
Bukan untuk itu sahaja, bahkan dalam persahabatan kita. Walaupun terpisah beribu batu, ukhuwah kita tetap terjalin dengan izinNya . Alhamdulillah~~~

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.''(Ali- Imran:103)

Sudah dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran mengenai ukhuwah. Islam melarang perpecahan kerana umat Islam hanya kuat apabila KITA BERSATU :)

Kita tidak mampu untuk melakukan semua kerja (etc kerja dakwah) ini sendirian. Hablu min Allah wa hablu min an-nas yakni berpegang dengan tali Allah dan manusia. Ayat ini bermaksud bahawa kita perlu menjaga dua hubungan utama iaitu dengan Allah dan sesama manusia. Sekiranya putus salah satu hubungan ini, maka kehidupan kita akan menjadi tidak seimbang. Kehidupan kita akan menjadi kurang bermakna dan serba tidak kena. Sebab Allah pun suruh kita untuk menjaga kedua-dua hubungan ini dalam kehidupan seharian. 
Dan sudah terang lagi bersuluh bahawa reda Allah itu terletak pada reda kedua ibu bapa kan. Ibu bapa kita kan manusia? Di sini saya ingin menyatakan bahawa hubungan sesama manusia itu juga AMAT PENTING. Kita tak boleh hidup di bawah ''dunia sendiri'' sahaja. Kita perlu bergaul dengan semua orang. Kita perlu menjaga hati dan perasaan semua orang mengikut kemampuan kita sebab kita tahu kita tak mampu nak puaskan hati semua orang Hanya Allah sahaja yang mampu melakukan sedemikian kerana Allah jualah yang memegang hati-hati kita.Lebih mudah untuk kita menjaga Allah berbanding manusia. Allah jadikan manusia ini suatu makhluk yang sangat kompleks. Subhanallah , sebab itu kita ni ISTIMEWA. Allah beri tanggungjawab, nikmat dan rahmat yang lebih pada manusia . 

Namun, manusia ini tak sedar lagi. Manusia hanya mementingkan diri dan hanya nampak semua perkara yang ada di hadapan mata, sekian :( . Setiap perkara yang berlaku ada hikmahNya, cuma kita hanya akan tahu mengenai hikmah itu secara cepat atau lambat sahaja. Jadi, kita patut bersyukur atas semua yang berlaku ke atas diri masing-masing :).

''Biarlah kami meletakkan dunia hanya di tangan dan akhirat di hati kami aamiin''

Sentiasa bertadabbur Al-Quran dan qiamullail dapat merapatkan kita pada Sang Pencipta dan memuhasabahkan diri sendiri. Pada masa itulah keikhlasan kita benar-benar terlihat. Kita merayu, menangis dan mengadu domba padaNya. Oleh itu, kita perlukan masa bersendirian untuk muhasabah diri semula. (tetapi bukan bersendiri untuk 24jam ye :P) Hatta, Nabi S.A.W pun pernah bertahannuth (baca: pengasingan untuk beribadat) di Gua Hira' untuk mencari kebenaran disebabkan segala yang dilihatnya dalam kehidupan manusia sekitarnya, bukanlah suatu kebenaran!

Satu hadis baginda ada menyatakan; "Jika benar kamu cinta akan Allah, maka ikutlah akan aku, nanti Allah akan menyintai kamu."


Cinta bukan melemahkan tetapi menguatkan,
Cinta bukan menyedihkan tetapi menggembirakan,
Lebih-lebih lagi cinta Allah, cinta Rasul dan cinta ibu bapa.

Lagu ni membuatkan rindu pada Rasulullah :(

i hope to be strong as Muhammad S.A.W when he was tested by Allah..pray for me to be strong as our Pr0phet even the tests that he got is m0re challenging than mine...
T_T

Bentuk-bentuk Akhlak dengan Allah ;

1.Mengenal Allah dengan yakin
2.Merasakan kebesaran Allah
3.Merasa takut dengan siksaan Allah
4.Merasa sentiasa diawasi Allah
5.Merasa rendah diri terhadap Allah
6.Meredai setiap takdir dan ketentuan-Nya
7.Sabar atas ujian Allah
8.Mencintai Allah lebih dari pada yang lain dan selalu mengingat-Nya
9.Tawakal kepada Allah dan mengaharapkan rahmat-Nya
10.Rindu kepada syurga dan pertemuannya dengan Allah

Bentuk-bentuk akhlak kepada manusia ;

1.Mencintainya sebagaimana mencintai dirinya sendiri
2.Merasa gembira dengan kegembiraannya begitu pula bersedih
3.Mengharap kebaikan buat nya dan terjauh dari bencana
4.Benci terhadap kejahatannya tetapi kasihan terhadapnya dan menasehatinya
5.Kebaikannya ditiru, keburukannya diperbaiki dan dirahsiakan
6.Mengenang jasanya dan membalasnya kerana Allah
7.Memaafkannya dan sanggup meminta maaf pula
8.Berlapang dada dan berbaik sangka dengan manusia.

Jangan sombong! Hanya disebabkan sifat sekecil inilah boleh menjauhkan kita daripada Tuhan dan manusia sekeliling. Nauzubillahi min zalik aamiin :(

Allah Swt berfirman: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mensekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapak, karib kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, orang yang dalam perjalanan dan hamba sahaya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri” (QS 4:36)

Jadi, marilah kita bersama-sama menjaga kedua-dua hubungan utama ini sebab ''Aku,Kau Istimewa'' :)
moga Allah reda, post ini juga buat diri sendiri :')

^^,
away.

No comments: